Orang Berisi Patut Minum Air Banyak: Ini 9 Sebab Kenapa

minum air banyak

Banyak manfaat minum air banyak ni.

Tapi yang hairannya, ramai orang Malaysia tak cukup minum air setiap hari.

Badan kita terdiri dari 60% air, dan setiap sel dalam tubuh kita memerlukan air untuk berfungsi dengan baik.

Betul ke minum air banyak boleh tolong kita kurus dengan cepat?

Dalam artikel ni, coach nak kongsikan 9 sebab kenapa orang berisi patut minum air banyak:

1. Minum Air Banyak Boleh Bantu Kita Turunkan Berat Badan

Kajian saintifik menunjukkan minum air boleh meningkatkan kadar metabolisma dalam badan, yang akan mempercepatkan kadar pembakaran lemak.

Yang lagi best nya, minum air sebelum makan akan membuatkan kita rasa lebih kenyang dan kurangkan makan.

Untuk geng-geng yang boroi, lagi la kena minum air banyak. Boleh jadi perut kita boroi sebab ‘gemuk air’ di mana badan kita salah sangka yang kita kekurangan minum air. Maka, badan kita pun kumpul air kat bahagian perut.

Jadi, kalau korang nak kurus cepat, boleh cuba minum segelas air sebelum makan, dan jadikan ia satu tabiat.

Kalau korang rasa macam lapar dan nak bantai makan keropok tu, cepat-cepat minum air supaya perut rasa penuh.

Nanti mesti tak jadi nak makan keropok dah.

2. Minum Air Banyak Membantu Otot Korang Berfungsi Dengan Baik

Kalau korang tak cukup minum air semasa melakukan senaman atau aktiviti fizikal, prestasi korang akan turun secara mendadak.

Kajian menunjukkan kekurangan 2% cecair dalam badan pun dah cukup untuk menampakkan kesan ke atas prestasi senaman atau sukan korang.

Jadi, sebelum korang bersukan, bersenam atau join HIIT bootcamp macam Warriors Fitcamp ni, pastikan korang minum air banyak-banyak supaya prestasi korang terbaik.

Nak minum sports drink yang dijual di kedai runcit tu?

Kebanyakan sports drink tu penuh dengan garam sodium, pengawet, gula tiruan dan pewarna tiruan. Semua ni akan memberi kesan negatif untuk badan kita cepat kurus.

Maka, tak payah susah-susah. Minum je air kosong. Di gym sekarang ni pun dah banyak yang ada mesin air macam Coway tu. Minumlah sebanyak-banyaknya!

3. Minum Air Banyak Boleh Bantu Tingkatkan Fungsi Otak dan Perbaiki Mood Kita

Sebahagian besar dari otak kita terdiri daripada air, maka ia sangat sensitif terhadap kekurangan air (dehydration).

Kajian menunjukkan kalau kita kekurangan air walaupun sedikit (1-3%) akan memberi kesan besar kepada daya ingatan kita dan menghasilkan emosi resah gelisah.

Dalam kajian lain, kehilangan cecair dalam badan selepas bersenam adalah tidak bagus untuk mood kita, membuatkan kita hilang fokus dan meningkatkan lagi sakit kepala yang sedang dialami.

Kehilangan cecair sebanyak 1-3% boleh berlaku walaupun kita lakukan pergerakan harian kita secara normal.

Jadi, minumlah air banyak-banyak supaya otak kita berfungsi pada prestasi yang optimum.

4. Minum Air Banyak Boleh Bantu Kurangnkan dan Elakkan Pening Kepala

Benefits of Water HeadachesKajian menunjukkan minum air banyak boleh bantu elakkan dan merawat pening kepala, terutamany sakit disebabkan migraine.

Jadi, nanti bila kita dah start rasa pening-pening, cuba minum satu gelas besar air sejuk.

Kadang-kadang tak payah makan ubat pun sakit tu boleh hilang.

Lagi satu, bila sakit kepala ni, kurangkan minum air manis. Sebaliknya, minumlah air masak sebanyak-banyaknya.

5. Minum Air Banyak Bantu Kurangkan Sembelit

Ramai orang selalu kena sembelit. Susah nak buang air besar.

Ada banyak sebab kenapa kita boleh kena sembelit termasuklah ubat-ubatan, stress, diet yang kurang sihat, dan kurang minum air.

Kalau kena sembelit dan jumpa doktor, selalunya doktor akan suruh korang minum air banyak-banyak sebagai salah satu bentuk rawatan.

Jadi, kalau nak senang buang air besar tu, minumlah air banyak-banyak ye.

6. Minum Air Banyak Membantu Ginjal Kita Buang Toxin Dalam Badan

Bila kita minum air banyak, ia akan menaikkan jumlah air kencing yang akan melalui ginjal.

Ini akan membantu ginjal untuk buang segala toxin yang ada di dalamnya, dan meningkatkan fungsi buah ginjal pada kadar yang optimum.

Yang bahayanya, bila kita kurang minum air ni, mineral dalam darah boleh berkumpul dalam buah ginjal, yang akhirnya menghasilkan batu karang!

Sakit woooo..

Jadi, minumlah air banyak-banyak kalau taknak kena batu karang ye.

7. Minum Air Banyak Membantu Untuk Kulit Nampak Cantik

Kulit kita mengandungi air yang sangat banyak. Kulit jugaklah yang membantu mengurangkan kehilangan cecair daripada seluruh badan.

Tapi bila kita kekurangan air, kulit kita akan nampak kering dan berkedut.

Bila kita minum air banyak, kulit akan kemballi normal dan tegang seperti sediakala.

Ada orang cakap kalau kulit kering ni sapu je la pelembap (moisturizer). Memang bagus untuk sapu pelembap sebab ia akan bantu kurangkan lagi kadar kehilangan cecair dalam badan tu.

Tapi kita tetap kena minum air banyak, barulah kita dapat kembalikan kesihatan kulit tu dari dalaman.

8. Minum Air Banyak Membantu Kawal Suhu Badan

Kulit adalah organ paling besar dalam badan kita. Salah satu fungsi utama kulit adalah membantu mengawal suhu badan dengan cara berpeluh.

Badan kita memang menghasilkan haba yang banyak sewaktu proses metabolisma. Jadi, sangat penting untuk kita kawal suhu badan kita dengan betul.

Bila badan kita kekurangan air, kulit kita akan sukar untuk menghasilkan peluh. Kesannya, suhu badan kita boleh meningkat.

Jika ia berlarutan, kita mungkin terkena strok haba!

Jadi, bila rasa panas, pastikan korang minum air dengan banyak supaya suhu badan boleh terkawal dengan sendirinya.

9. Minum Air Banyak Membantu Hilangkan Nafas Berbau

Minum Air Banyak

Nafas kita berbau busuk atau istilah saintifiknya halitosis disebabkan bakteria yang tersekat di celah-celah lidah, gigi dan gusi.

Bakteria yang berkumpul ini menghasilkan bau yang busuk hasil dari sejenis kompaun sulfur.

Bila mulut kita kering (contohnya sewaktu bangun pagi), kita kekurangan air liur untuk membasuh kompaun ini keluar dari mulut kita.

Dengan meminum air banyak, kita boleh bersihkan dan hapuskan bakteria ni, sekaligus elakkan nafas berbau.

Jadi, kalau kita rasa mulut kita dah nak start berbau, cepat-cepatlah minum air banyak-banyak!.


OK setakat tu sahaja perkongsian coach dalam artikel kali ni.

Coach harap korang semua, terutamanya peserta-peserta Warriors Fitcamp, minum air banyak-banyak kalau nak cepat kurus.

Jangan minum air berkarbonat yang banyak gula, tapi minumlah air kosong yang banyak manfaatnya.

Good luck!

Photo by Tobyotter

120 thoughts on “Orang Berisi Patut Minum Air Banyak: Ini 9 Sebab Kenapa

  1. Проститутки сочи
    проститутки сочи
    проститутки сочи
    проститутки сочи
    проститутки новосибирска
    проститутки новосибирска
    Проститутки сочи
    Проститутки сургут
    Проститутки сургут
    проститутки сургут
    Проститутки Удобный поиск. Реальные фото девушек без обмана. Крупнейшая база – более 2000 анкет, каждый найдет себе проститутку. … Здравствуйте! Вас приветствует команда сайта Сибирки, сайта, на котором размещают анкеты 86% всех проституток города Новосибирска. У нас вы найдете услуги лучших девушек от недорогих путан до элитных моделей, готовых к любым вашим желаниям.
    Многие мужчины предпочитают платную любовь мимолетным отношениям , если вы проездом в Новосибирске и просто хотите расслабиться, то зачем вам лишние сложности? Например в командировке часто просто некогда тратить время на ухаживания и знакомства с женщинами в традиционных местах, кроме того, такой роман может нести за собой последствия, так как дама может пожелать продолжить отношения. Так же многие мужчины не считают секс с проституткой настоящей изменой, ведь они платят именно за секс, и ничего больше. Если хочется разнообразия в половой жизни, сексуальной разрядки и новых ощущений – не лучше ли воспользоваться интимными услугами проститутки, чем искать романы на стороне?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *